BARCELONA 2 Mei – Liverpool menguasai permainan dan melancarkan banyak percubaan, malangnya magis Lionel Messi memastikan Barcelona melakar kemenangan sensasi 3-0 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Camp Nou, sebentar tadi. Reds kini berdepan tugas amat mencabar apabila menerima kunjungan juara La Liga itu dalam aksi timbal balik di Anfield, Selasa depan. Tuan rumah bermula langkah kanan apabila Luis Suarez menembusi gawang bekas pasukannya pada minit ke-26 untuk meletakkan…










