CARACAS 18 Mei – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengalu-alukan ‘permulaan dialog’ dengan pembangkang di Norway selepas beberapa bulan pertempuran berdarah antara kedua pihak.
Menurutnya, dialog tersebut telah bermula dengan baik ke arah perjanjian keamanan dan harmoni.
“Saya meminta sokongan semua rakyat Venezuela untuk maju ke arah keamanan,” katanya dalam pengisytiharaan di hadapan 6,500 tentera di Aragua.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, Menteru Luarnya, Jorge Arreaza memberikan pengesahan rasmi pertama dari Caracas mengenai penglibatan dalam apa dikatakan Norway sebagai perbincangan eksplorasi di Oslo. – AFP











