JOHOR BAHRU 29 Mei – Sempena bulan Ramadan tahun ini, syarikat kejuruteraan petrokimia Lotte Chemical Titan Holding Bhd. mengagihkan sebanyak 5,000 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai. Naib Presiden Eksekutif (Pembuatan) syarikat itu, Lee Jung Hyeng berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan sejak 2007. Menurut beliau, program itu juga selari dengan slogan syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan iaitu Grow With Society. “Sempena bulan Ramadan tahun ini, kita…










