Liverpool berhak mendakap trofi - Wijnaldum - Utusan Malaysia

Liverpool berhak mendakap trofi – Wijnaldum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Georginio Wijnaldum berkata, Liverpool yang mengharungi musim mengagumkan selayaknya menjulang sebuah trofi pada ketika Reds dalam persediaan untuk berdepan Tottenham pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas gagal merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp terlepas untuk menjulang gelaran sulung dalam tempoh 29 tahun, setelah disingkirkan juara bertahan, Manchester City hanya dipisahkan satu mata, tetapi mereka akan terbang ke Madrid, 1 Jun ini sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan itu.

Pemain tengah, Wijnaldum berkata kepada laman web liverpoolfc.com bahawa kelab begitu mendambakan sebuah trofi setelah mengharungi musim mengagumkan dengan 97 mata berjaya dikumpul yang merupakan kutipan mata ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan, saya fikir kami telah mengharungi musim yang sangat cemerlang dan sekarang cabaran kami ialah untuk menamatkan saingan dengan gelaran bagi melengkapkan musim kami.

“Amat sedih jika kami menamatkan musim ini tanpa sebarang gelaran, terutamanya selepas kami mempamerkan persembahan agak konsisten sepanjang musim ini dan kami bermain dengan sangat baik.

“Saya rasa musim ini, kami berhak sekurang-kurangnya untuk menjulang satu trofi,” kata pemain berusia 28 tahun itu, yang meledakkan dua gol sewaktu membantu Liverpool mencipta kejutan membenam Barcelona 4-0 dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara.

Wijnaldum berkata, Liverpool tidak dapat menentukan nasib sendiri sewaktu dalam perebutan gelaran liga, tetapi nasib mereka pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara berada dalam tangan sendiri menentang kelab pesaing liga domestik, Tottenham.

“Ia menjadi lebih istimewa kerana musim ini kami berhak menamatkan saingan dengan trofi. Kami akan melakukan apa sahaja bagi menamatkan penantian ini, tetapi kami bakal berdepan laluan yang mencabar,” ujarnya merujuk kepada pemburuan Liverpool bagi merangkul gelaran keenam Piala Eropah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini