Liverpool akan bermain seperti ‘orang gila’ - Utusan Malaysia

Liverpool akan bermain seperti ‘orang gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Jurgen Klopp berkata, Liverpool akan beraksi seperti ‘orang gila’ untuk menamatkan impian Liga Juara-Juara Lionel Messi.

Pengendali Liverpool itu mendakwa, bintang Barcelona itu sebelum ini memberikan ‘ancaman’ apabila dia memberitahu pada awal musim: “Kami berjanji akan melakukan apa sahaja untuk memastikan piala ini kembali ke Camp Nou, sekali lagi.”

Bagaimanapun, Klopp membuat janjinya sendiri dengan menegaskan bahawa pasukannya akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk memastikan piala itu pulang ke Anfield buat kali keenam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Awal musim ini, Messi memberitahu, mereka mahu membawa pulang piala ini. Saya melihatnya sebagai ancaman!

“Sekarang, kami di sini dan kami juga mahu ke final. Kami akan menderita? 100 peratus. Adakah kami berpeluang? 100 peratus.

“Tiada apa lagi boleh kami lakukan, kami tidak perlukan motivasi tambahan. Kami berjuang seperti orang gila. Kami mahu kekal dalam pertandingan ini dan meraih keputusan cemerlang esok untuk mencerahkan peluang kami apabila beraksi di laman sendiri.

“Apa juga keputusannya, kami tetap mahukannya.

“Bagi saya, dalam banyak-banyak pemain, Messi adalah No.1. Saya tidak pernah lihat Pele bermain…ramai pemain yang baik tetapi bagi saya, Lionel Messi adalah yang terbaik,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini