KUALA LUMPUR 3 Mei – Lima pemain akan dipanggil menyertai sesi pemilihan untuk menyertai skuad bola jaring negara ke Sukan SEA di Filipina, November ini. Bagaimanapun, hanya tiga daripada pemain berkenaan akan diserap ke dalam pasukan negara yang dalam misi untuk mengekalkan kejuaraan di temasya dwi tahunan itu. Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib berkata lima pemain berkenaan ialah Ally Chuo Chung Mei dan Viny Lau Ching Ping (Sarawak), Noor Haidayu Hasmira Hasbullah dan Izwan Syazana Mohd Wazir (Kedah), dan Nuraina Raziani (Johor). “Sesi pemilihan akan dijalankan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya