Lima ditahan terlibat dengan dadah - Utusan Malaysia

Lima ditahan terlibat dengan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei- Lima lelaki disyaki terlibat dengan dadah diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Oya, Mukah di Sarawak, kelmarin.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 4 petang itu, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah turut merampas sebanyak 15 peket plastik dadah jenis methampethamine.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Jimmy Panyau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kelima-lima suspek berusia 25 hingga 35 tahun itu positif dadah jenis sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek mengaku memperolehi bekalan dadah daripada pengedar di kawasan Bintulu dan Miri. Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Kesemua suspek kini direman sehingga 11 Mei depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Utusan Borneo di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Jimmy, kejayaan operasi tersebut adalah atas kerjasama serta hasil maklumat daripada orang awam.

Jelasnya, diharap masyarakat akan terus memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membenteras kegiatan dadah secara berterusan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini