Liga M mampu ‘takluk’ Asia - Utusan Malaysia

Liga M mampu ‘takluk’ Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Liga Malaysia (Liga M) kini berada pada landasan untuk muncul menjadi salah satu liga terbaik di Asia Tenggara.

Itulah yang diakui wartawan bola sepak Newsufadb dari Thailand, Sorawit Wichitchote yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa liga di negara itu.

Sorawit mengakui, Liga M memiliki prospek cukup tinggi dan tidak hairan jika ia mampu menyaingi Liga Thailand dalam misi menjadi liga No. 1 Asia Tenggara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut memuji peranan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang memastikan liga negara ini berjalan lebih lancar, yang mana beliau percaya ia bakal memberikan faedah cukup besar kepada pasukan kebangsaan negara.

“Saya fikir Liga Malaysia akan menjadi salah satu liga cukup profesional dengan memiliki pengendali liga yang baik serta sentiasa menjaga kepentingan pasukan dan liga itu sendiri.

“Saya percaya Liga Malaysia semakin mendapat perhatian di pentas antarabangsa dan saya sendiri pernah turun menyaksikan beberapa perlawanan Liga Malaysia di mana suasananya seakan hampir sama di Thailand.

“Liga yang baik disebabkan pengendali liga itu profesional, jadi kamu harus memberi kredit kepada pengendali liga kamu (MFL) yang sentiasa berusaha keras memastikan Liga Malaysia berjalan lancar. Ia sudah pasti memberi kelebihan kepada pasukan kebangsaan Malaysia itu sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sorawit tidak menolak bahawa Liga M bakal menjadi liga tersohor di Asia pada masa akan datang.

“Percaya atau tidak, saya yakin negara-negara lain seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan lain-lain sudah mula memandang tinggi perkembangan Liga Malaysia.

“Kini pemain dari rantau ini berlumba-lumba mahu datang ke Malaysia kerana kemajuan Liga Malaysia yang bergerak dengan semakin pantas daripada segi kualiti, penjenamaan dan imej di pentas Asia,” ujarnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini