LHDN tidak beroperasi sempena Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitiri - Utusan Malaysia

LHDN tidak beroperasi sempena Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan semua pejabat LHDN di Sarawak tidak akan beroperasi pada 4 Jun (Selasa) ini sempena Sambutan Hari Gawai 2019.

LHDN dalam kenyataan juga memaklumkan semua pejabatnya di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 7 Jun (Jumaat) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 5 dan 6 Jun (Rabu dan Khamis) nanti.

LHDN

“Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pelanggan digalakkan untuk menyelesaikan urusan percukaian dan yang berkaitan dengan LHDN sebelum tarikh-tarikh tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun demikian, pelanggan masih boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan di Portal Rasmi LHDN di www.hasil.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Di kesempatan ini juga, LHDN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini