NIAMEY, Niger 6 Mei – Seramai 55 orang maut selepas sebuah trak minyak meletup malam tadi ketika orang ramai cuba mengutip tumpahan minyak di sini, mengikut pihak berkuasa dan saksi kejadian hari ini.
Letupan tersebut berlaku di laluan RN1 berhampiran Lapangan Terbang Niamey menyebabkan bangkai trak, motosikal dan serpihan-serpihan bertebaran di atas jalan malah rumah berdekatan juga rosak disebabkan kebakaran.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, jumlah mangsa disahkan seramai 55 orang dan 36 orang mengalami kecederaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal dan orang ramai berada di sekeliling trak minyak itu ketika ia tiba-tiba meletup. – AFP











