Lelaki warga emas ganggu wanita berjoging ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas ganggu wanita berjoging ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 8 Mei – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengganggu seorang wanita yang sedang berjoging di Taman Rekreasi Bahau di sini malam tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 36 tahun dan rakannya sedang beriadah di kawasan itu kira-kira pukul 8.30 malam.

“Suspek yang mabuk dikatakan menghampiri mangsa dan rakannya lalu menganggu mereka. Ketika itu juga terdapat beberapa orang lain di kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang bimbangkan keselamatannya telah menghubungi polis yang tiba tidak lama kemudian lalu memberkas lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, suspek yang merupakan warga tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah telah dibawa ke balai polis untuk proses dokumentasi dan soal siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang berada di tempat rekreasi supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berjoging bersendirian selain melaporkan sebarang insiden tidak diingini kepada polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini