Lelaki rempuh terminal ATM bank - Utusan Malaysia

Lelaki rempuh terminal ATM bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya merempuh dinding kaca Terminal Layan Diri (SST) sebuah bank di pekan Donggongon, Penampang, Sabah kelmarin.

Memetik laporan SabahNews Today, dalam kejadian pukul 8.11 pagi itu, dilaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku dan keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 44 tahun itu memandu kereta jenis Honda City dari rumahnya ke bank berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa dipercayai hendak mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank tersebut .

“Sejurus tiba di lokasi kejadian lelaki itu mahu meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta berhadapan mesin ATM tersebut tetapi kakinya terpijak pedal minyak lalu bergerak laju ke hadapan dan terlanggar dinding kaca bank terbabit.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam,” katanya.

Mohd. Haris memberitahu, pemandu tidak mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen Rule 10LN 166/58. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini