Lelaki parah tertembak diri sendiri - Utusan Malaysia

Lelaki parah tertembak diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 6 Mei – Seorang lelaki cedera parah apabila selaras senapang patah miliknya tiba-tiba meletup lalu tertembak lutut dan lengan kirinya dalam kejadian di Kampung Tanjung Rambai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian pada pukul 5.51 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun dikatakan pergi ke kebunnya seorang diri untuk memburu babi hutan.

Katanya, semasa mangsa ingin menyimpan senapang buatan sendiri itu, senjata tersebut tiba-tiba meletup dan terkena pada bahagian lutut dan lengan kiri lelaki itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini