Lelaki nyaris maut kereta terhumban dalam parit - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris maut kereta terhumban dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam parit di tepi jalan dalam kemalangan di kawasan Pearl Garden, Jalan Sebiew, Bintulu, Sarawak, semalam.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa mangsa berusia 34 tahun itu sedang memandu di jalan berkenaan sebelum hilang kawalan menyebabkan keretanya merempuh penghadang jalan.

“Ekoran rempuhan itu, kenderaan dinaiki mangsa terhumban ke dalam parit sedalam empat meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak sembilan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Stephen Plen bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berhubung insiden terbabit,” ujarnya.

Jelasnya, semasa tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati mangsa sudah keluar dari kereta yang dipandunya itu tetapi tidak dapat naik disebabkan parit itu yang agak curam dan dalam.

“Pihak bomba menggunakan tangga bagi mengeluarkan mangsa dari dalam parit berkenaan. Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa yang masih lagi dalam keadaan lemah diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS bomba kerana mengalami kecederaan pada bahagian bahu kiri.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini