Lelaki miliki pisau lipat dan alat renjatan elektrik didakwa - Utusan Malaysia

Lelaki miliki pisau lipat dan alat renjatan elektrik didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki pisau lipat 17 sentimeter dan alat renjatan elektrik pada 11 Mei lalu.

Hew Fen Fatt, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berjadual iaitu sebilah pisau lipat 17 sentimeter dan alat renjat elektrik tanpa maksud sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh pada 10.15 malam di perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, 11 Mei lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini