Lelaki lemas ketika memancing di Sungai Kampung Chegar Perah - Utusan Malaysia

Lelaki lemas ketika memancing di Sungai Kampung Chegar Perah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seorang lelaki Cina ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di Sungai Kampung Chegar Perah di sini pagi tadi.

Mangsa, Chin Zeuw Long, 22, dikatakan keluar memancing sendirian sebelum dihanyutkan arus deras bersama kenderaan pacuan empat roda 4×4 jenis Nissan Navara ke dalam sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, hujan lebat yang turun malam tadi menyebabkan air sungai naik mendadak sehingga menyebabkan kenderaan mangsa turut hanyutkan ke dalam sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa sempat menghubungi bapa saudaranya, Liew Kah Heng, 42, pada pukul 4 pagi untuk memberitahu kejadian itu.

“Bapa saudaranya memberitahu agar mangsa segera keluar dari kenderaan dan menyelamatkan diri dan terus bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba dilokasi kejadian, bapa saudaranya mendapati kenderaan 4×4 itu berada di dalam sungai dan mangsa tidak dapat dikesan.

“Kah Heng kemudiannya membuat laporan polis dan gerakan mencari serta menyelamat dilakukan bermula pukul 10 pagi melibatkan anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba sukerala Merapoh dan penduduk kampung,” ujarnya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dijumpai di bawah kenderaannya selepas ditarik keluar dari sungai pada pukul 1.50 tengah hari.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini