TEMERLOH 8 Mei – Seorang lelaki ditahan reman selama lima hari bermula hari ini selepas disyaki menyamun bekas isterinya menggunakan pisau di hadapan Masjid Felda Jenderak Utara dekat sini pada 26 April lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Temerloh, Hayatul Hafifi mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek yang berusia 32 tahun menahan isteri dan dua anaknya yang menunggang motosikal sebelum mengacu pisau ke leher mangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
Suspek yang bercerai kira-kira tiga tahun dengan isterinya kemudian merampas wang tunai berjumlah RM400 dan telefon bimbit dibawa mangsa dengan nilai keseluruhan RM1,000. – UTUSAN ONLINE










