KANGAR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul bayi perempuannya yang berusia enam bulan sehingga mati di sebuah rumah di Batu 3 Kampung Baroh, Jalan Santan di Ngulang dekat sini. Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, kejadian diketahui apabila seorang wanita warga Thailand membawa bayinya yang dalam keadaan tidak bermaya ke rumah seorang lelaki di Jejawi, Arau dekat sini kira-kira pukul 6 petang kelmarin. “Wanita itu mendakwa anaknya…










