JOHOR BAHRU – Polis merampas sejumlah dadah disyaki syabu seberat 27.39 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.5 juta selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Impian Emas, Skudai di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, hasil intipan dan risikan, sepasukan pegawai bersama anggota bahagian siasatan jenayah narkotik melakukan serbuan kira-kira 4.30 petang ke premis perniagaan tersebut. “Dalam…










