Lelaki dilaporkan hilang ditemukan maut - Utusan Malaysia

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 5 Mei – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan maut selepas mayatnya terapung di dalam Sungai Lokan, Butterworth di sini hari ini.

Mayat Tan Aik Tong, 33, ditemukan oleh orang awam yang sedang melalui kawasan sungai itu kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh isterinya selepas dia tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri mangsa memaklumkan, suaminya keluar dari rumah di Butterworth kira-kira pukul 1 pagi semalam.

“Isteri mangsa memberitahu suaminya memaklumkan bahawa dia keluar untuk minum bersama rakan-rakannya dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux milik syarikat,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa dilaporkan tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit sebelum mayatnya ditemui hari ini.

“Pihak polis setakat ini sedang menyiasat punca kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini