Lebih baik promosikan Upin Ipin - Utusan Malaysia

Lebih baik promosikan Upin Ipin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
APABILA
kenyataan Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Rashidi Hasbullah mencadangkan Doraemon dijadikan sebahagian daripada agenda Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, ia menampakkan satu kelucuan yang tidak wajar.

Mujurlah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen TMM 2020.

Sesungguhnya adalah tidak wajar mengangkat martabat produk luar bagi menyemarakkan TMM 2020. Negara kita ada banyak animasi ciptaan tempatan seperti Upin dan Ipin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jadi, kenapa kita perlu membanggakan sangat watak Doraemon yang merupakan produk dari Jepun? Jadi, di mana identiti kartun animasi kita kalau kerajaan tidak mempromosikan sekali gus mengangkatnya di peringkat antarabangsa?

Animasi Upin dan Ipin harus diangkat ke persada dunia bagi memperkenalkan serta mempromosi Malaysia di mata dunia.

Kita sebagai rakyat 
Malaysia harus berbangga dengan produk animasi ciptaan anak tempatan daripada mengagungkan produk luar.

OUI SAL

Tanah Merah, Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini