Lebih 40 pemain ceriakan golf persaraan KPN - Utusan Malaysia

Lebih 40 pemain ceriakan golf persaraan KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 40 pemain yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Golf Titiwangsa (KGT), pegawai polis dan tetamu jemputan menyertai pertandingan golf sempena persaraan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Kejohanan yang berlangsung di KGT, Titiwangsa itu diadakan sebagai menghargai jasa-jasa Mohamad Fuzi sebagai Presiden KGT yang banyak membantu menaikkan imej KGT.

Mohamad Fuzi yang bersara wajib 4 Mei lalu berterima kasih kepada ahli-ahli KGT yang berjaya menganjurkan pertandingan golf dengan jayanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur dan terima kasih juga kepada semua peserta.

Sepanjang saya menjadi Presiden KGT, banyak usaha dilakukan untuk terus memajukan kelab ini. “Saya doakan semoga kelab golf ini terus berkembang dengan jayanya,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian hadiah kepada pemenang baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini