Lebih 1,400 barangan makanan disita tidak patuh akta - Utusan Malaysia

Lebih 1,400 barangan makanan disita tidak patuh akta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merampas sebanyak 1,416 barangan makanan bernilai lebih RM165,000 selepas didapati tidak mematuhi akta dalam serbuan yang dilakukan sejak Januari hingga April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, rampasan itu adalah hasil serbuan di 34 buah pasar raya di seluruh negeri ini membabitkan kesalahan pelabelan tarikh luput dan pengeluar serta pembungkusan mengikut Akta Makanan 1983.

“Sejak Januari hingga April lalu, JKN melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menyita sebanyak 1,416 produk selepas didapati dijual dengan tidak mengikut syarat ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah itu, kesalahan tertinggi direkodkan adalah pelabelan iaitu sebanyak 663, diikuti tiada tamat tarikh luput sebanyak 434, pembungkusan (274) serta makanan berkulat atau rosak (45),” katanya pada sidang akhbar sempena Op Raya 2019 di Pejabat Kesihatan Bukit Baru, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak tiga notis kompaun mengikut Peraturan- Peraturan Makanan 1985 berjumlah RM10,000 turut dikeluarkan dalam tempoh sama membabitkan kesalahan penandaan tarikh.

Dalam pada itu, Chee Leong berkata, dalam Op Raya yang diadakan di sebuah pasar raya di Ayer Keroh hari ini, sejumlah 640 barang makanan berjumlah RM4,650.74 turut dirampas.

Beliau berkata, satu notis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan selepas didapati premis tersebut gagal mengikuti peraturan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini