Lawan nafsu jika mahu Malaysia dikenali seluruh dunia - PM - Utusan Malaysia

Lawan nafsu jika mahu Malaysia dikenali seluruh dunia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan rakyat Malaysia agar berusaha keras melawan nafsu termasuk menolak perbuatan rasuah pada bulan Ramadan.

Jelasnya, beliau yakin negara ini akan dipercayai oleh seluruh dunia sekiranya rakyatnya mempunyai kekuatan menolak nafsu.

“Sekiranya tidak melawan dan apabila diugut rasuah, kita akan menjadi manusia yang lemah. Orang yang lemah tidak mungkin berjaya dan orang yang kuat sahaja yang mampu melawan nafsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Puasa bukan sahaja sebagai ibadat untuk memperoleh pahala malah ia juga sebagai satu bulan untuk melatih diri supaya kita dapat menolak godaan nafsu dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan P. Waytha Moorthy.

Sementara itu, jelasnya, apabila kita berjaya mengawal nafsu pada bulan Ramadan, beliau percaya rakyat Malaysia mampu meneruskan perbuatan itu pada bulan lain.

Menurut Mahathir, sekiranya seseorang itu dapat melawan nafsu daripada melakukan perkara yang tidak baik, tidak mustahil individu itu akan diberi kepercayaan dan mampu dinaikkan pangkat.

“Hanya yang dapat menolak nafsu sahaja yang akan dipilih dan dipercayai sebagai pegawai atau pemimpin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini