Lapan PATI diberkas di sekitar Pulau Ketam  - Utusan Malaysia

Lapan PATI diberkas di sekitar Pulau Ketam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI)  ditahan Maritim Malaysia (APMM) dalam tiga serbuan berasingan sekitar perairan Pulau Ketam di sini semalam. 

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan ke atas dua buah bot nelayan tempatan, manakala seorang lagi dalam feri penumpang.

Katanya, semua yang ditahan berusia 26 hingga 58 tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penangkapan dilakukan menerusi Op Ehsan selepas mengesan dua bot dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3.15 petang. 

“Hasil pemeriksaan terhadap dua buah bot itu membawa kepada penahanan tujuh individu termasuk seorang tekong warga Indonesia kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kata beliau, penahanan seorang lagi PATI warga Myanmar dilakukan pukul 11 pagi hasil pemeriksaan terhadap sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam.

PATI warga Myanmar
Seorang PATI warga Myanmar yang ditahan dalam sebuah feri penumpang ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam.

Ujar Mohammad Rosli, PATI itu didapati telah berada di dalam negara hampir setahun. 

“Kita juga turut merampas ikan pelbagai jenis sebanyak 900 kilogram dari bot nelayan terbabit. 

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini