Lam Thye terima anugerah khas daripada UNI-MLC - Utusan Malaysia

Lam Thye terima anugerah khas daripada UNI-MLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mencipta sejarah tersendiri selepas menerima anugerah khas daripada Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Malaysia (UNI-MLC) buat kali kedua semalam.

Lam Thye menerima pengiktirafan tersebut dua tahun berturut-turut selepas memberi sumbangan yang cemerlang dalam meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan pekerjaan dalam negara.

Beliau yang juga merupakan Penasihat UNI-MLC menerima anugerah itu dalam sambutan Hari Pekerja anjuran kesatuan berkenaan dengan kerjasama Kesatuan Eksekutif Bank Islam Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal turut hadir menyampaikan anugerah tersebut kepada Lam Thye dalam majlis tersebut. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini