PULAU PINANG 2 Mei – Kerajaan negeri menegaskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bukan sebagai pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebaliknya sebagai pesaing kepada lapangan terbang berkenaan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persaingan pasti wujud antara LTAPP dan KXP untuk mendapatkan syarikat-syarikat bagi menggunakan perkhidmatan kargo di Koridor Utara. “Selain itu, KXP juga akan menyebabkan pengurangan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo sedia ada di LTAPP.…










