KUALA LUMPUR 1 Mei – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) berhasrat membantu kerajaan mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat di Malaysia menerusi model francais sebagai sebahagian daripada agenda utama kumpulan itu. Ketua Pegawai Operasinya, Azlina Juliani Abd. Jalil berkata, PNS ketika ini sedang berunding dengan beberapa konglomerat bagi menjadikan aktiviti perniagaan yang melibatkan pengguna kepada sistem francais. Katanya, elemen utama dalam menjayakan perancangan itu adalah produk, kemahiran dan pasaran yang mana…










