KUALA LUMPUR 1 Mei – Kumpulan Bank Dunia menggesa Malaysia untuk mengurangkan kebergantungannya kepada pendapatan berkaitan minyak dan gas (O&G) serta perlu mempelbagaikan sumber pendapatan untuk mengurangkan kejutan pada masa hadapan. Ketua Ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Richard Record berkata, sebagai sebahagian daripada usaha penyepaduan fiskal Malaysia, terdapat beberapa pembaharuan perlu dilaksanakan termasuk peralihan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST). Beliau berkata, peningkatan pergantungan kepada…










