Kuota jemaah haji kekal 30,200 orang - Mujahid - Utusan Malaysia

Kuota jemaah haji kekal 30,200 orang – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan bahawa kuota jemaah haji Malaysia kekal 30,200 orang dan permohonan kuota tambahan sedang diusahakan kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH). 

Beliau berkata, bagi kuota tambahan itu, ia tertakluk kepada budi bicara pihak kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan.

“Pihak Arab Saudi tidak mempunyai tarikh spesifik untuk memberikan jawapan berhubung permohonan kuota tambahan itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut rekod TH, mereka pernah menerima jawapan berhubung kuota tambahan daripada pihak Arab Saudi semasa bulan Ramadan, Syawal, Zulkaedah malah adakala jawapan diterima ketika bulan Zulhijjah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam laman Facebook beliau bagi membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 bagi menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini