KUALA LUMPUR 26 Mei – Kuala Lumpur berjaya keluar daripada zon penyingkiran apabila membelasah PKNP FC 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Guilherme De Paula muncul wira skuad The City Boys apabila meledak hatrik masing-masing pada minit ke-14, penalti minit ke-17 dan minit ke-90. Gol pertama Kuala Lumpur dijaringkan oleh Paulo Josue seawal minit ke-11.
Gol saguhati pasukan pelawat hadir menerusi jaringan Giancarlo Rodrigues pada minit ke-30.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kuala Lumpur kini menduduki tangga ke-10 manakala PKNP FC di tempat ke-11. – UTUSAN ONLINE











