Kompany pengurus baharu Anderlecht - Utusan Malaysia

Kompany pengurus baharu Anderlecht

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Mei – Bekas pertahanan Manchester City, Vincent Kompany bakal dilantik sebagai pengurus baru Anderlecht selepas mengadakan pertemuan selama enam jam dengan kelab itu, dedah Pengarah Teknikal, Frank Arnesen.

Sebelum ini, Kompany mengumumkan akan kembali ke bekas kelab akademinya selepas menabur bakti selama 11 tahun di Etihad dan musim terakhirnya diakhiri dengan cukup cemerlang apabila membantu City mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) keempatnya serta meraih kejayaan ‘treble’.

Arnesen percaya pertahanan tengah berusia 33 tahun itu, mampu mengembalikan semula kecemerlangan kelab tersebut sebagai pasukan gergasi di Liga Belgium.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berkunjung ke Manchester untuk mengadakan pertemuan dengan (Kompany) selama enam jam. Saya amat mengaguminya dan sebaik pulang daripada mesyuarat ini, saya bersetuju sepenuhnya.

“Kami telah melalui beberapa saat jatuh dan bangun, Anderlecht berada di bawah ketika ini. Sebab itulah saya dilantik empat bulan lalu.

“Sebagai pemain, Vincent bukan sahaja akan membantu kami mengorak selangkah ke depan, tetapi mungkin tiga, empat langkah ke depan.

“Segalanya adalah langkah yang hebat (pelantikannya). Saya amat mengagumi penjelasannya tentang falsafah bola sepak, tentang bagaimana kami akan lakukannya dan apa yang dia cuba lakukan. Vincent sudah menyatakan persetujuannya kira-kira empat minggu lalu,” kata Arnesen kepada Sky Sports News.

Anderlecht kini ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu, Genk, selepas hanya menang sekali dalam 10 perlawanan Belgian First Division A. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini