Komitmen AirAsia bangunkan Lombok - Utusan Malaysia

Komitmen AirAsia bangunkan Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK 6 Mei – Pelancaran hab baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia dijangka dapat meningkatkan kehadiran pelawat termasuk dari Malaysia ke pulau tersebut.

SEPANG 11 APRIL 2018 – Wawancara CEO AirAsia, Riad Asmat, di AirAsia RedQ, Jalan Pekeliling 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA2), Sepang, di sini hari ini._MD.SHAHJEHAN MAAMIN./PEMBERITA : JOHARDY (MEJA EKONOMI).NOTATERBITANUTUSAN4 APRIL 2019KHAMISMUKA 39040419U***ARCHIVED BY MHM

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, selepas kejadian gempa bumi tahun lalu diakui memang memberi kesan kepada jumlah penumpang ke Lombok.

“Terus-terang memang ada kesan, setiap kali bila ada bencana alam atau sebarang kejadian di mana-mana negara sudah menjadi sifat manusia untuk berhati-hati. Kami sangat menyedarinya, tapi kami tidak akan sesekali meninggalkan Lombok.

“Tentunya pelancaran hab baharu ini memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara juga. Tertubuhnya hab baharu ini bermaksud AirAsia kini mempunyai komitmen untuk menyediakan lebih banyak sumber dan keupayaan bagi membangunkan kawasan ini ekoran potensinya yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian hab AirAsia terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia baru-baru ini.

Tambah Riad lagi, pembukaan hab baharu di Lombok juga menunjukkan AirAsia bukanlah mengenai perniagaan sahaja tetapi juga mengenai komuniti.

“Ia mengenai ba­gaimana kami boleh menyumbang semula kepada masyarakat. AirAsia akan terus membantu bagi menyokong rancangan pemulihan di Lombok. Yayasan AirAsia juga telah membangunkan pusat perlindungan sementara dan kawasan perumahan di Lombok akibat gempa bumi.

“Selain itu, hab ini dapat mening­katkan rangkaian AirAsia sebagai sebuah kumpulan. Ya, ja akan dikendalikan oleh AirAsia Indonesia tapi kami melihatnya daripada perspektif kumpulan yang menyokong antara satu sama lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×