KLM anjur jualan amal bunga tulip di KLIA - Utusan Malaysia

KLM anjur jualan amal bunga tulip di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 11 Mei – Sebanyak 8,000 bunga tulip yang sinonim dengan negara Belanda berjaya dijual kepada orang ramai dalam tempoh dua jam menerusi program Jualan Amal Tulip KLM yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan KLM Royal Dutch Airlines.

Sejak pukul 8 pagi, orang ramai dilihat beratur panjang untuk membeli bunga itu yang dijual dengan harga RM6 sekuntum.

Pengurus Negara Air France KLM Malaysia, Estee Ng berkata, jualan amal itu yang dianjurkan sejak 1998 merupakan antara salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan memerlukan menerusi hasil jualan bunga tulip.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahun ini, bersempena sambutan Hari Ibu dan lebih-lebih lagi terutamanya ketika KLM menyambut ulang tahunnya yang ke-100, kita berkerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Hotel Sama-Sama untuk menjual kesemua bunga tulip kepada orang ramai dengan hasil jualannya disumbangkan kepada Hopsis Malaysia.

“Aktiviti seperti ini pada setiap tahun menerima permintaan memberangsangkan rakyat Malaysia khususnya bagi mereka meminati bunga tersebut. Misalnya pada hari ini, kita pada mulanya merancang untuk membawa 5,000 bunga tulip, namun jumlah ditambah sehingga 8,000 kerana mendapat banyak permintaan dan tempahan awal daripada orang ramai serta badan korporat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jualan Kebajikan Tulip KLM 2019 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Duta Belanda ke Malaysia, Karin Mossenlechner.

Sementara itu, Estee memaklumkan, prestasi KLM selaku syarikat penerbangan Belanda sejak bertapak di Malaysia pada 1924 terus mendapat sambutan menggalakkan khususnya di dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Belanda.

Katanya, KLM sentiasa merancang untuk menerokai pasaran baharu termasuk menambah laluan ke lokasi lain.

Menurut beliau, setakat kini KLM menawarkan empat penerbangan pergi balik setiap hari iaitu Kuala Lumpur ke Amsterdam dan Jakarta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini