MELAKA 28 Mei – Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menerima tajaan sebanyak RM1 juta daripada Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bagi mengisi kewangan pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata pihak persatuan sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta untuk tampil membantu menambah dana bagi menampung perbelanjaan pasukan dan kebajikan para pemain. Katanya, sumbangan dan sokongan daripada pihak swasta selain bantuan kewangan yang diterima…










