Kit Siang cuba manipulasi Perlembagaan Persekutuan - Wira Putra Malaysia - Utusan Malaysia

Kit Siang cuba manipulasi Perlembagaan Persekutuan – Wira Putra Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa cuba memanipulasi Perlembagaan Persekutuan dengan menggambarkan seolah-olah orang Islam melakukan diskriminasi terhadap penganut agama lain.

Ketua Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, ia berikutan kenyataan Kit Siang dalam sebuah artikel yang menyentuh mengenai kebebasan beragama di negara ini susulan cadangan oleh Timbalan Menteri Perumahan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi membendung kebencian.

“Wira Putra Malaysia menolak cadangan itu. Tidak perlu wujudkan undang-undang baharu, tetapi lebih baik menambah baik Akta Hasutan jika benar-benar ingin membendung penulisan dalam media sosial yang mengarah kepada kebencian agama, kaum dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Kit Siang turut menegaskan dalam artikel tersebut berkenaan kebebasan beragama oleh rakyat Malaysia. Kebebasan beragama memang tidak salah, cuma kebebasan menyebarkannya yang ditegah.

“Kenapa ianya ditegah? Kenyataan Kit Siang dalam artikel tersebut terang-terang cuba memanipulasi dan menutup Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan’,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini