Ketum seberat 787 kilogram dirampas - Utusan Malaysia

Ketum seberat 787 kilogram dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu berjaya menahan lima lelaki dan merampas daun ketum seberat 787 kilogram (kg) dalam serbuan di Kampung Kedondong, di sini semalam.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 6.45 petang oleh anggota Unit Risik PGA Batalion 9 Kuala Terengganu turut menahan lima lelaki berusia antara 31 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam pengedaran bahan terlarang tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, rampasan itu membabitkan nilai RM23,610.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, anggota PGA Batalion 9 Kuala Terengganu terpaksa memecahkan pintu belakang rumah berkenaan selepas kesemua suspek enggan memberikan kerjasama.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan bungkusan plastik mengandungi daum ketum seberat 727 kg.

“Anggota PGA Batalion 9 Kuala Terengganu terus melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan Perodua Myvi yang di pakir ditepi rumah berkenaan dan membawa kepada penemuan ketum seberat 60 kg,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Hadir sama Komander PGA Batalion 9 Kuala Terengganu Superintendan Ramly Poncho.

Abdullah memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua daun ketum itu diperoleh dari sebuah negeri di utara tanah air.

Katanya, bahan terlarang itu dibawa masuk ke negeri ini untuk pasaran sekitar Pasir Mas dan dijual dengan harga RM30 untuk satu kilogram.

“Sebahagian daripada daun-daun ketum ini juga dipercayai akan diseludup ke negara jiran,” ujarnya.

Menurutnya, sejurus selepas itu PGA Batalion 9 Kuala Terengganu berjaya menahan suspek terlibat.

Abdullah berkata, siasatan awal turut mendapati kumpulan berkenaan baharu seminggu terlibat dengan kegiatan haram tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini