Kerja tanah di 108 lot tanah tiada kebenaran - Utusan Malaysia

Kerja tanah di 108 lot tanah tiada kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 2 Mei – Kerja-kerja tanah di 108 lot tanah di negeri ini dikenalpasti telah dijalankan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, sehingga 31 Mac lalu pemantauan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendapati kerja tanah di 44 lot tanah di kawasan pulau dijalankan tanpa kebenaran.

“44 lot tanah tersebut meliputi 11 lot di daerah Timur Laut, antaranya di Bandar Ayer Itam, Batu Feringghi dan Bukit Bendera manakala di daerah Barat Daya pula terdapat 33 lot tanah antaranya di Permatang Damar Laut dan Bukit Relau.

“Bagi kawasan seberang pula, terdapat 64 lot dikenalpasti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) iaitu 27 di Seberang Perai Utara (SPU), 33 di Seberang Perai Tengah (SPT) dan empat di Seberang Perai Selatan (SPS),” dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Jagdeep (DAP- Datuk Keramat) berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubok) mengenai jumlah kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×