Kereta terputus dua, lelaki parah - Utusan Malaysia

Kereta terputus dua, lelaki parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei- Seorang lelaki parah apabila kereta dipandunya terputus dua selepas melanggar penghadang jalan di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu di Sarawak, awal pagi Sabtu.

Portal Utusan Borneo melaporkan, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 pagi apabila kereta dipandu mangsa, Mohamad Sany Yusop, 40, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas.

Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.27 pagi dan sebanyak tujuh anggota dari Balai Bomba Sg. Merah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan dipandu mangsa melalui kawasan tersebut hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan dan sebatang pokok sehingga mengakibatkan kenderaan itu terputus dua.

“Akibat itu, bahagian hadapan kereta tersebut tersangkut pada penghadang tepi jalan dan bahagian belakang jatuh ke dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa dikeluarkan orang ramai sebelum bomba tiba dan dibawa ambulans ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini