KUALA LUMPUR 27 Mei – Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba di simpang Pekan Tatau, Bintulu, Sarawak hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Nazari Harun berkata, mangsa yang berusia 32 tahun sempat menyelamatkan diri selepas mendapati asap keluar dari bahagian enjin kenderaannya.
“Kita menerima panggilan pada pukul 6.16 pagi sebelum tujuh anggota dikerah untuk melakukan operasi pemadaman api di lokasi kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ketika kita tiba, api sedang marak dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira 45 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











