Kereta rempuh bazar ramadan, wanita mengandung nyaris maut - Utusan Malaysia

Kereta rempuh bazar ramadan, wanita mengandung nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Dua wanita termasuk seorang ibu mengandung nyaris maut selepas mereka dilanggar sebuah kereta yang merempuh gerai di Bazar Ramadan di Jalan Padang Tembak hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa Arebayah Mohamad, 56, cedera di bahagian kaki manakala wanita mengandung dikenali sebagai Qistina hanya mengalami pening kepala akibat kejadian itu.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan Shahrul Kamar Mohd. Johari berkata, kejadian dikatakan berpunca selepas kenderaan yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempuh gerai di bazar tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kedua-dua mangsa yang berada di lokasi bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum dilanggar wanita berkenaan.

“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa termasuk seorang wanita yang usia kandungannya baru sahaja 20 hari bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan mendapat rawatan daripada APM.

“Pemandu wanita terbabit dipercayai terlelap ketika memandu dan menyebabkan kenderaannya hilang kawalan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini