Kerajaan terima bayaran pertama wang 1MDB RM236.5 juta - Utusan Malaysia

Kerajaan terima bayaran pertama wang 1MDB RM236.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Amerika Syarikat (AS) telah menghantar pulang dan akan memulangkan sejumlah besar wang ke Malaysia yang merupakan pembayaran pertama bagi dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset-aset berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

TOMMY THOMAS
TOMMY THOMAS 

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pemindahan pertama dana yang dipulangkan sebanyak AS$57,036,688.68 (RM236,563,690.84) telah dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB, sebuah akaun amanah yang dibuka secara khusus untuk tujuan itu.

“Jumlah ini disita daripada Red Granite Pictures, sebuah syarikat pembikinan filem yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak tirinya, Riza Aziz.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia lanjutan daripada penyelesaian sebanyak AS$60 juta yang direkodkan di Mahkamah California.

“Sejumlah AS$3 juta ditolak untuk membayar semula kos-kos yang telah dibelanjakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita dan memelihara Equanimity semasa kapal tersebut ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa ke perairan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini