PUTRAJAYA 27 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan, kerajaan bersetuju untuk menghapus kira pinjaman projek Bekalan Air Luar Bandar Kerajaan Negeri bagi tahun 2001 dan ke atas. Langkah itu jelas Perdana Menteri, adalah berdasarkan baki belum selesai pada 31 Disember tahun lalu keseluruhannya berjumlah RM3.8 bilion. Beliau memberitahu, ini tertakluk kepada kerajaan negeri untuk memuktamadkan Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Negara selewat-lewatnya pada 31 Disember depan. Menurutnya, kerajaan…










