Kerajaan negeri didakwa gagal kemuka penjelasan meyakinkan berhubung projek PIP - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri didakwa gagal kemuka penjelasan meyakinkan berhubung projek PIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Mei – Kerajaan negeri didakwa gagal mengemukakan penjelasan meyakinkan malah dilihat cuba menyembunyikan banyak perkara berhubung projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir Jumaat lalu.

Naib Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Farhan Yusri berkata, situasi ini hanya akan menguatkan lagi persepsi wujudnya agenda dan komplot terselindung disebalik projek mega itu.


“Begitu juga perbahasan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di pihak kerajaan sendiri di mana turut menampakkan banyaknya kekaburan dan kekeliruan berkaitan PIP. 


Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika mereka selaku pihak bersama kerajaan pun dalam keadaan demikian, maka tidak pelik rakyat umumnya lebih merasa was-was dan sangsi dengan projek berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


PIP merupakan projek mega yang dirancang kerajaan negeri yang melibatkan beberapa komponen pemba­ngunan termasuk pembinaan tiga pulau buatan di selatan perairan negeri ini dan terowong dasar laut.


Projek itu bagaimanapun dibantah pelbagai pihak kerana selain disifatkan terlalu mahal, turut memberi impak negatif kepada penduduk khususnya komuniti nelayan selain risiko kemusnahan besar alam sekitar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini