PUTRAJAYA 2 Mei – Kerajaan baharu, yang akan mencapai tempoh satu tahun dalam masa beberapa hari, menggariskan matlamat yang jelas, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan dasar perlindungan sosial dan alam sekitar yang baik, keterangkuman ekonomi dan harmoni, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menggariskan asas Malaysia yang baharu, antara lain meningkatkan produktiviti di semua peringkat, menggalakkan pelaburan berkualiti, memastikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang mampan, dan membantu…










