Keputusan siasatan bazar terbakar dijangka Jumaat - Utusan Malaysia

Keputusan siasatan bazar terbakar dijangka Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Keputusan siasatan forensik mengenai punca dan jumlah kerugian membabitkan kebakaran 30 gerai di Jalan Masjid India, di sini dijangka dapat diketahui seawal Jumaat ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, L. Logeswaran memberitahu, pihaknya telah pun menyerahkan siasatan mengenai punca kejadian kepada pasukan forensik bomba untuk diteliti sebelum perkara itu diumumkan secara rasmi.

Buat masa ini kata Logeswaran, masih terlalu awal untuk memberi penjelasan berhubung punca kebakaran kerana semuanya dalam siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah serahkan kepada forensik bomba untuk menyiasat kejadian. Mengikut prosedur tempoh untuk kita mula mendapat segala maklumat adalah selama seminggu. Namun begitu, mungkin paling awal Jumaat kita akan keluarkan kenyataan rasmi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, sebanyak 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India musnah dalam kebakaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini