Kementerian Wilayah Persekutuan sumbang wang untuk mangsa gerai terbakar - Utusan Malaysia

Kementerian Wilayah Persekutuan sumbang wang untuk mangsa gerai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Kesemua 30 peniaga gerai di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India yang terlibat kebakaran awal pagi ini akan menerima sumbangan wang antara RM3,000 hingga RM5,000 daripada Kementerian Wilayah Persekutuan .

Perkara ini diumumkan Menterinya, Khalid Abdul Samad ketika mengadakan lawatan ke lokasi sebentar tadi.

“Sumbangan itu bertujuan mengurangkan beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung peniaga dalam kebakaran berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu majlis khas bagi penyerahan sumbangan tersebut akan diadakan pada Jumaat ini,” katanya kepada UtusaNMalaysia di sini.

Katanya, senarai nama terlibat akan diperolehi dalam masa terdekat dan jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah kerugian yang ditanggung.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, sebanyak 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kasut dan beg musnah dalam kebakaran.

Susulan daripada itu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang turun padang melawat lokasi awal pagi tadi mencadangkan agar peniaga dipindahkan sementara waktu di Lorong Tuanku Abdul Rahman 3 atau 5. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini