Keluarga mangsa pesawat Lion Air selar Boeing soal isu amaran - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa pesawat Lion Air selar Boeing soal isu amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Mei – Keluarga mangsa pesawat Lion Air 737 Max yang terhempas menyelar Boeing hari ini selepas pengakuan bahawa jurutera telah mengenal pasti glic sistem keselamatan sebelum kemalangan maut itu berlaku.

Menurutnya, peralatan standard memaklumkan juruterbang mengenai percanggahan antara indikator sudut serang (AOA) tidak aktif kecuali indikator pilihan tambahan dibeli syarikat penerbangan.

Semalam, Boeing menyatakan jurutera menemukan isu amaran keselamatan 737 Max pada 2017, setahun sebelum kemalangan maut mengakibatkan 189 orang terkorban.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapa kepada salah seorang mangsa, Evi Samsul Komar berkata, kecuaian itu dari Boeing berkaitan sistem AOA.

“Boeing perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Masalah maklumat indikator AOA mungkin memainkan peranan dalam kedua kejadian pesawat terhempas menyebabkan sistem antipegun secara tidak diperlukan aktif.

Lantas menolak pesawat ke arah daratan meskipun juruterbang cuba melawan mengekalkan ketinggian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini