SEREMBAN 1 Mei – Sebuah kereta jenis Renault musnah dalam kebakaran di sebuah kedai menjual tayar di Taman Desa Melati dekat Nilai di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sebuah kereta dan sebuah pikap dapat diselamatkan. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang. “Sebuah jentera bersama sebuah lori tangki air…










