ALOR SETAR – Kedah dijangka menerima hampir satu juta kenderaan pada musim cuti persekolahan sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut 5 Jun ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim berkata, kenderaan kini telah mula memasuki negeri ini secara berperingkat sejak Jumaat lalu berikutan cuti sekolah selain mereka yang pulang untuk menyambut 1 Syawal. “Kita menasihatkan orang ramai buat perancangan perjalanan…










